Ada yang merindui saingan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, sebuah perlumbaan berbasikal peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia yang mempunyai beberapa peringkat melintasi pelbagai negeri.
Mohd Harrif Saleh telah menjadi ikon perlumbaan ini bukan hanya kerana konsistensinya, tetapi juga kerana dedikasi dan rekodnya yang membanggakan sebagai pelumba tempatan dalam kejohanan besar seperti ini.
Pakar pecut Terengganu Cycling Team (TSG) itu muncul pemegang rekod penyertaan terbanyak dengan penglibatan 14 edisi, satu pencapaian yang mengatasi rekod sebelumnya dipegang pelumba Iran, Ghader Mizbani, iaitu sebanyak 13 edisi.
Timbul persoalan, adakah Harrif bakal menyertai edisi tahun ini -- melibatkan trek kegemaran yang juga merupakan kampung halaman di Terengganu sepatutnya menjadi kelebihan kepadanya, apabila lokasi tersebut tersenarai dalam laluan kali ini.
Ini selepas Harrif memuat naik satu video di Instagramnya mengenai pelanggaran berlaku dalam perlumbaan di Tour of Binzhou menyebabkan Harrif terjatuh semasa cuba memasuki posisi untuk 'sprint'. Namun dikhabarkan hanya mengalami kecederaan luka ringan.
Lebih menarik, Harrif juga sempat berkongsi di laman media sosial, peringatan kepada semua yang terlibat dengan sukan seperti basikal lebuhraya untuk selalu memakai helmet.
"Walaupun nampak remeh, inilah yang menyelamatkan kita.
"Mata chainring melekat terus pada helmet saya. Kalau masa tu tak pakai helmet mungkin lebih teruk," katanya.
Padat dan ringkas untuk semua faham, betapa pentingnya keselamatan semasa berlumba.
Apa pun, menjelang kehangatan saingan Petronas LTdL yang akan berlangsung pada 28 September 2025, kita doakan Harrif Salleh kembali sembuh dan sempat pulih, sekali gus dapat bersaing untuk pasukan Terengganu Cycling Team untuk edisi yang ke-29.
Come back stronger champ!
Grab Sekarang

Ride With Confidence
Rasa lebih yakin di jalan atau trek dengan perlindungan yang boleh diharap.
Grab Sekarang