Setiausaha agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnaian Omardin, mendedahkan terdapat usaha dari negara lain untuk merampas hak penganjuran Kejohanan Silat Dunia oleh Malaysia setelah wujud kegusaran mengenai peningkatan Covid-19.
Kejohanan Silat Dunia yang sepatutnya berlangsung tahun lalu di Kuching Sarawak telah pun ditunda pada Mac depan.
Namun dengan keadaan semasa yang tidak keruan, selain pintu sempadan masih ditutup buat warga asing, wujud usaha negara lain untuk melobi penganjuran kejohanan itu.
PESAKA akan berusaha sehabis baik membentangkan pendirian dan pelan kepada badan dunia, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PESILAT), menjelang mesyuarat eksekutif esok.
"Dengan sedaya mungkin, kami akan mempertahankan hak untuk menganjurkan saingan Kejohanan Dunia kerana kami memiliki barisan atlet senior telah membuat persiapan untuk meraih kejayaan sebelum mengumumkan persaraan," katanya.
"Saya akan berasa kesal jika tidak dapat membantu merealisasikan impian mereka."
Dalam masa sama, PESAKA juga turut sebulat suara untuk menunda buat kali ketiga mesyuarat agung badan induk itu kepada bulan depan setelah wujud pelbagai kekangan dalam usaha untuk membuat pemilihan exco bagi penggal baru.
Mesyuarat agung PESAKA sepatutnya berlangsung Oktober lalu kemudian pada Disember namun tertangguh setelah dasar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).