Adakah peminat tinju akan disajikan dengan pertarungan Conor McGregor dan Floyd Mayweather dalam masa terdekat?
Itu mungkin akan berlaku apabila Suruhanjaya Olahraga Daerah Nevada meluluskan permintaan Mayweather Promotions untuk menganjurkan perlawanan tinju pada 26 Ogos ini.
"Saya menerima panggilan kelmarin daripada Mayweather Promotions bahawa mereka mahu kembali dalam gelanggang tinju, jadi itulah yang akan berlaku," kata Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Olahraga Daerah Nevada, Bob Bennett.
Walaupun tarikh sudah ditentukan, namun pihak McGregor dan Mayweather masih belum membuat sebarang pengumuman, sekaligus mencetuskan misteri sama ada perlawanan tersebut akan menampilkan kedua-dua jaguh itu.
McGregor dan Presiden UFC, Dana White, telah pun berkata bahawa pihaknya telah memenuhi segala keperluan kontrak, dengan Mayweather pernah berkata sebelum ini bahawa dia hanya akan kembali daripada persaraan sekiranya berdepan McGregor.