Juara Universal WWE, Brock Lesnar terpaksa berdepan laluan getir di acara Summerslam bulan hadapan dalam usaha mempertahan kejuaraan yang disandangnya sejak April lalu.
Tiga pencabar utama iaitu Samoa Joe, Braun Strowman dan Roman Reigns telah menempah tempat sebagai pencabar utama sekaligus, apabila masing-masing menuntut hak tersebut daripada Pengurus Am Raw, Kurt Angle di segmen pembukaan acara Raw semalam.
Ini susulan implikasi daripada apa yang berlaku minggu lalu dalam perlawanan penentuan pencabar utama antara Roman dan Joe yang berakhir tanpa sebarang pemenang, apabila Strowman muncul mengganggu perlawanan dan membelasah kedua penggusti berketurunan Samoa itu terlantar tidak berdaya di tengah gelanggang.
Joe nyata tidak bersetuju dengan keputusan Angle itu kerana merasakan hanya beliau sahaja layak bertemu secara satu lawan satu dengan Lesnar, setelah nyaris membenam bekas Juara UFC itu di acara Great Balls of Fire dua minggu lalu. Manakala Roman dan Strowman pula berasa lega dengan keputusan itu dan menjanjikan cabaran sengit ke atas Lesnar kelak.
Konfrontasi antara ketiga-tiga penggusti utama jenama Raw itu bertukar tegang apabila Roman dan Joe sama-sama berganding bahu dengan menyerang Strowman, sebelum kedua mereka bergelut sesama sendiri sehingga memaksa Angle memanggil pegawai keselamatan dan beberapa bintang Raw lain untuk meleraikan pergaduhan tersebut.

Nampak pihak WWE mendengar kemahuan para WWE Universe kali ini dengan menjadikan perlawanan empat penjuru ini menjadi kenyataan. Sebelum ini, ura-ura mengatakan yang Vince McMahon mahukan Roman sebagai pencabar utama di Summerslam, mengulangi semula perlawanan antaranya dengan Lesnar di acara kemuncak Wrestlemania pada dua tahun lalu.
Strowman juga telah disenarai pendek bagi menjadi calon lawan Lesnar pada Mei lalu. Namun atas faktor kecederaan bahu yang dialaminya, Strowman terpaksa diketepikan kerana dijangka perlu berehat selama enam bulan. Mujur dengan semangat dan motivasi yang tinggi, tempoh enam bulan itu berjaya disingkatkan bintang gergasi berusia 33 tahun itu dengan pulih hanya dalam masa enam minggu.
Perlawanan empat penjuru di acara musim panas kelak pastinya tidak akan memberikan kelebihan kepada sang juara. Dengan format perlawanan tanpa sebarang sekatan peraturan, keempat-empat peserta boleh melakukan apa sahaja untuk menang, termasuk menggunakan objek asing sebagai senjata untuk melemahkan pihak lawan.
Tambah lagi, sesiapa sahaja boleh ditindan dan yang berjaya akan dinobatkan sebagai juara. Sebagai contoh, jika takdir Strowman berjaya membuat tindanan pin ke atas Joe, maka Strowman akan menjadi pemenang tanpa perlu mengendahkan Lesnar yang pasti akan berputih mata.
Perlawanan ini juga sekaligus membayangkan juara baharu akan diangkat kelak. Tanpa menafikan kehebatan Lesnar sebagai juara, seorang juara baharu perlu dimahkotakan agar kejuaraan utama Raw ini dapat berpindah milik dan tidak lagi berada dalam genggaman bintang separuh masa seperti Lesnar.

Untuk rekod, sejak merampas kejuaraan ini daripada bintang lagenda Goldberg di Wrestlemania awal April lalu, Lesnar hanya mempertaruhkan kejuaraan ini sekali sahaja iaitu di acara Great Balls of Fire menentang Joe pada awal bulan ini.
Dengan kontrak kemunculan eksklusif yang tidak memerlukan Lesnar untuk muncul saban minggu seperti bintang sepenuh masa lain, adalah kurang wajar untuk Lesnar terus menyandang kejuaraan itu dan peluang perlu diberi kepada bintang lain agar kejuaraan ini akan dapat dilihat lebih kerap seterusnya dipertandingkan.
Beberapa sumber yang boleh dipercayai juga menyatakan yang Lesnar berhajat untuk kembali beraksi di gelanggang sukan tempur UFC hujung tahun ini sebaik sahaja tempoh penggantungannya selama setahun oleh Badan Anti Dadah Amerika Syarikat tamat tidak lama lagi.
Justeru, Lesnar pastinya memerlukan masa untuk kembali berlatih dan membuat persediaan secukupnya untuk perlawanannnya nanti. Oleh yang demikian, Summerslam adalah medan paling tempat untuk Lesnar menggugurkan kejuaraannya tanpa perlu kalah dan dipin sesiapa.
Mengapa Great Khali kembali?

Sepertimana yang kita saksikan di acara Battleground pada Isnin lalu, bekas Juara Heavyweight Dunia WWE, Great Khali telah membuat penampilan mengejutkan dengan muncul membantu Jinder Mahal dalam perlawanan Penjara Punjabi, seterusnya memastikan Kejuaraan WWE kekal milik Jinder.
Menurut Dave Meltzer dari Wrestling Observer Radio, WWE membawa masuk Khali kembali untuk menguatkan lagi pengaruh Jinder di syarikat tersebut, seterusnya mempengaruhi peminat di negara India untuk terus memberi sokongan kepada produk WWE di sana.
Sejak Jinder memenangi kejuaraan utama Smackdown ini di acara Backlash pada Mei lalu, jumlah jualan cenderahati dan langganan WWE Network di India masih belum mencapai sasaran yang dikehendaki. Justeru, dengan menggandingkan Jinder dengan Khali yang merupakan bintang suka ramai popular di negara yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion itu, WWE berharap ia akan membantu mereka untuk mencapai sasaran pasaran mereka di sana.

Dalam perlawanan kemuncak di acara Battleground pada Isnin, Jinder buat kali ketiga berjaya mengecewakan Randy Orton dalam perlawanan Penjara Punjabi yang dikelilingi struktur buluh yang bercerancang. Tidak cukup dengan bantuan daripada The Singh Brothers, Great Khali juga muncul membantu dengan menyerang Orton yang hanya beberapa inci sahaja daripada kemenangan.
Khali atau nama sebenarnya, Dalip Singh Rana, 44, telah meninggalkan WWE pada 13 November 2014 setelah kontraknya tamat. Dengan berat badan 347 paun dan tinggi sebanyak 7 kaki, Khali muncul buat pertama kali di pentas WWE pada 7 April 2006 dan sempat bergelar Juara Heavyweight Dunia pada tahun 2007 dengan menumpaskan Batista dan Kane di acara Great American Bash pada Julai 2007.

Selain bergusti, Khali juga aktif membintangi beberapa filem utama di Hollywood. Antaranya seperti filem The Longest Yard, Get Smart dan McGruber di samping beberapa lagi filem terbitan India. Tidak hairanlah, Khali dianggap wira di negara tersebut dan sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai program di sana.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro & Astro Go.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 19,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.