Pertandingan seni terapi di Malaysia pada 30 dan 31 Ogos 2025 di Persada, Johor Bahru telah mencipta sejarah dunia apabila buat pertama kalinya, sistem penjurian menggunakan sokongan data saintifik secara langsung. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan, malah menjadikan Malaysia sebagai pelopor dalam menggabungkan sains dan seni dalam penilaian urutan terapeutik pertama dunia.
Melalui penggunaan teknologi Electroencephalogram (EEG), tahap gelombang otak peserta terpilih dianalisis bagi mengukur keseimbangan antara ketenangan (Alpha) dan keaktifan (Beta). Data ini membolehkan keputusan pertandingan dibuat secara objektif, bukan lagi semata-mata bergantung pada pandangan subjektif juri penilai. Juri teknikal memainkan peranan penting dalam penilaian yang berkesan.
Hasil kajian membuktikan bahawa setiap teknik urutan memberikan kesan fisiologi dan psikologi yang berbeza terhadap minda dan tubuh. Sesetengah urutan mengekalkan keadaan relaksasi mendalam, manakala yang lain merangsang tahap kepekaan serta kesiapsiagaan tubuh. Penemuan ini disokong oleh data saintifik, sekali gus memperkukuhkan kredibiliti seni terapi sebagai satu bidang berasaskan ilmu dan bukan dilakukan secara semborono begitu sahaja.
Kejayaan penyelidik UTM, Ts. Dr. Hadafi dan Ts. Dr. Najeb, memperkenalkan sistem ini membuktikan kemampuan Malaysia dalam mengangkat seni terapi ke tahap yang lebih tinggi, setanding dengan bidang perubatan moden. Inovasi ini turut memberi keyakinan bahawa seni terapi memiliki nilai klinikal yang boleh diukur dan dibuktikan, bukan sekadar bergantung kepada persembahan semata-mata. Selain itu, pengukuran serta penilaian kekuatan tangan peserta pertandingan turut dijalankan bagi melihat korelasi dengan keputusan yang diperoleh, sekali gus menjadikan sistem penjurian lebih objektif dan saintifik.
Inovasi ini telah menarik perhatian banyak pihak, khususnya dalam sektor kesihatan, fisioterapi, spa, dan sukan prestasi tinggi. Malaysia kini dilihat sebagai pusat rujukan global dalam usaha membangunkan pendekatan baharu yang menggabungkan terapi tradisional dengan sokongan saintifik. Terima kasih kepada pasukan UTM kerana sudi turun padang menjalankan kajian penyelidikan sekaligus menaikan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Lebih membanggakan, pertandingan ini juga menonjolkan kebijaksanaan penyelidik tempatan dalam merangka metodologi penilaian yang seimbang. Gabungan antara budaya, kearifan tradisi, dan teknologi moden memberi keunikan tersendiri yang sukar ditandingi oleh negara lain. Negara lain dapat melihat bagaimana Malaysia menguruskan transformasi bidang tradisional kepada bentuk yang lebih sistematik, telus, dan berdaya saing tanpa mengorbankan nilai asalnya.
Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada industri seni terapi, malah turut membuka peluang besar dalam diplomasi budaya dan sains. Inisiatif bersejarah ini telah meletakkan Malaysia di hadapan sebagai pelopor inovasi dengan mencipta standard baharu yang boleh digunapakai oleh komuniti antarabangsa. Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam menggabungkan tradisi, budaya, dan teknologi moden, sekali gus menjadikan negara ini sebagai rujukan utama di peringkat global.
Dengan pencapaian bersejarah ini, Malaysia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai negara inovatif yang menghargai ilmu, tradisi, dan teknologi. Dunia kini mengenali Malaysia bukan sahaja kerana keindahan budaya nya, tetapi juga kerana keberanian mencipta sejarah baharu dalam bidang seni terapi berasaskan sains dan teknologi. Semoga negara kita terus bebas dari sebarang bentuk penjajahan minda dan fizikal. Akhir kata, salam kemerdekaan buat negara tercinta dan Malaysia Boleh.