Biarpun kini tahun 2017 adalah tahun penting buat Malaysia apabila menjadi tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur yang bakal berlangsung Ogos depan, jangan dilupa bahawa tahun hadapan negara jiran, Indonesia, pula akan menjadi penganjur Sukan Asia, temasya sukan terbesar di benua ini.
Sebelum ini, Vietnam dicanangkan akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia 2018, namun atas sebab faktor kewangan dan kekurangan prasarana, maka Indonesia diberikan tanggungjawab itu dengan menjadikan Jakarta dan Palembang dua venue untuk menganjurkan temasya itu.
Kali terakhir mereka menjadi penganjur Sukan Asia adalah pada tahun 1962.
Sukan Asia juga sepatutnya dilangsungkan pada 2019, namun atas sebab pemilihan Presiden Indonesia pada tahun itu, ia diawalkan bagi mengelakkan pertembungan.
Daripada aspek persediaan, kebanyakan venue sudah hampir 70 peratus siap, dengan pembinaan dan pengubahsuaian tertumpu kepada kawasan sekitar Kompleks Sukan Gelora Bung Karno.
"Indonesia sedang membuat persiapan venue-venue bagi menghadapi Sukan Asia 2018. Daripada segi persiapan kemudahan pertandingan dan logistik, ia berada di peringkat 70 peratus," kata Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia, Dr. Raden Isnanta.
"Segala-galanya sedang berjalan dengan lancar menerusi Program PRIMA, kami memberikan tumpuan untuk cemerlang dalam Sukan Asia dan langkah pertamanya adalah Sukan SEA Kuala Lumpur," kata bekas pelari pecut Indonesia, Suryo Agung Wibowo.
Indonesia ternyata serius dalam menjadi tuan rumah terbaik Sukan Asia, bukan sahaja mahu menyediakan venue dan kemudahan bertaraf dunia, mereka juga mahu menjadi antara pencabar terkuat.
Justeru, republik itu melaksanakan Program Indonesia Emas (PRIMA) untuk pemantapan atlet Indonesia serta kempen Ayo Olahraga! bagi menggalakkan rakyat Indonesia beramai-ramai terlibat dengan sukan secara serius mahupun secara liburan.
"Program Ayo Olahraga! juga diterapkan kepada masyarakat Indonesia bagi meningkatkan keinginan untuk bersukan. Ia memberikan kelebihan buat setiap individu berada di dalam keadaan yang sihat dan mampu memberikan tumpuan untuk menjalankan tugas."
Malaysia pula sudah pasti akan cuba untuk memperbaiki kedudukan mereka selepas hanya mampu meraih lima emas, 14 perak dan 14 gangsa dalam Sukan Asia, Incheon 2014.
Meskipun kini tumpuan utama adalah Sukan SEA Kuala Lumpur yang akan berlangsung Ogos hadapan, hampir kebanyakan atlet sudah pun merangka pelan jangka panjang untuk beraksi di Jakarta mahupun Palembang pada 2018.