OLAHRAGA
Perhimpunan Agung Tahunan MOM: Norza tidak mahu ada 'penumpang', Nur Azmi punya kredibiliti
Presiden Persekutuan Karate Malaysia itu meraih sejumlah 70 undi kelebihan sebanyak 50 undi berbanding Awalan yang meraih sejumlah 20 undi.
Azmi yang ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-44 MOM menjelaskan bawah rahsia kejayaanya ialah hasil tindakan menyelesaikan pelbagai isu ketika memegang peranan selaku chef-de-mission (CDM) Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 2021.
Jelasnya, ia bukanlah tugas yang mudah kerana negara masih dalam fasa penyesuaian selepas dilanda pandemik COVID-19.
Iklan
Kemenangan ini menyaksikan Nur Azmi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan kali ini.
"Sebenarnya bukan mudah, mungkin kelebihan saya adalah sebagai CDM di Hanoi. Saya dapat selesaikan masalah di sana selepas (pandemik) COVID-19 dalam masa singkat.
"Mungkin dengan pengalaman yang ada, saya boleh capai sasaran.
"Mungkin ini salah satunya sebab saya dapat daripada persatuan yang membantu saya, yang nampak saya boleh bekerja.
"Saya akan tetap bekerja tidak kisah sesiapa yang berpeluang terpilih. Sumbangan ini bukan untuk diri sendiri tetapi kepada persatuan-persatuan lain," katanya.
Sementara itu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang secara rasmi mengekalkan jawatan sebagai presiden MOM sambil menzahirkan iltizam besar untuk memacu pergerakan itu ke tahap terbaik.
Calon tunggal bagi jawatan itu diberi mandat untuk menerajui badan induk itu buat penggal ketiga berturut-turut bagi sesi 2025-2029.
"Saya membayangkan (barisan MOM) yang efektif dan efisien sebab saya tidak mahu ada penumpang.
"Kalau mengharapkan presiden atau pun timbalan presiden sahaja, kita tidak akan jadi unit yang besar.
"Ia memerlukan gabungan semua latar belakang dan hari ini ia satu acuan yang menarik yang diperlukan untuk memantapkan detik Olimpik di negara kita," katanya.
Dalam masa sama, naib presiden terdiri daripada Datuk Sumali Reduan, Datuk Chong Kim Fatt dan Datuk Mohamad Iruan Zulkefli.
Must-Watch Video