Ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, enggan memberi tekanan terhadap Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengenai status Liga Profesional Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bermula 2019 dan akur jika badan induk itu tidak menyertainya.
Mana-mana jurulatih di dunia pasti mahu pasukannya menyertai Liga Profesional FIH.
Hanya sembilan pasukan terbaik dapat beraksi dengan menawarkan tiket kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, Piala Dunia 2022 dan mata ranking dunia.
Peluang kini terbuka buat Malaysia selepas India menarik diri, namun KHM mahu mengkaji lebih mendalam kerana kejohanan itu bakal menelan kos hampir RM1 juta.
"Biar pihak atasan membuat keputusan.
"Ketika ini, mereka sedang mengumpul segala maklumat untuk kejohanan ini.
"Sudah tentu peluang mengadakan perlawanan dengan pasukan hebat dunia yang lain memberi pengalaman berguna buat kita.
"Tetapi, kita harus memikirkan faedahnya untuk hoki negara menerusi implikasi kewangan dan kesan-kesannya," katanya.
Sebanyak lapan negara sudah mengesahkan penyertaan, iaitu Argentina, Australia, Belanda, Belgium, Jerman, England, New Zealand dan Pakistan.
Tiga negara yang gagal dalam bidaan seperti Malaysia, Ireland dan Sepanyol berada dalam kedudukan paling hampir untuk menggantikan India.
The Malaysian Hockey Tigers kembali berlatih semalam selepas layak secara merit ke Piala Dunia 2018.
Misi terdekat negara adalah mempertahankan pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan.