Sekumpulan peninju wanita pasukan Monarchy MMA Kuala Lumpur kecewa dengan pihak penganjur satu kejohanan tinju amatur di Penampang.
Salah seorang peninju pasukan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Abby Nor berkata keputusan penganjur untuk tidak mengadakan beberapa kategori wanita dalam kejohanan itu memberi satu kerugian kepada mereka.
"Kami telah melakukan segala persiapan, mengambil cuti bekerja dan meninggalkan keluarga untuk datang bertanding di sini.
"Namun, pihak penganjur membuat keputusan untuk tidak mempertandingkan beberapa kategori wanita kejohanan ini. Ia dilakukan pada saat-saat akhir, iaitu pada hari pertandingan.
"Tidak mengapa jika kami dimaklumkan lebih awal tetap apabila kami sampai, penganjur hanya membenarkan dua peninju wanita bertanding dan hanya ada satu perlawanan membabitkan wanita," katanya ketika ditemui, semalam.
Abby berkata perkara seperti itu kali pertama berlaku sejak mereka menyertai kejohanan di Kota Kinabalu.
"Sebenarnya, kami ada dua pilihan kejohanan, iaitu di Singapura dan Sabah, namun kami memilih Sabah sebagai destinasi kerana penganjur sebelum ini mengatakan ramai peninju wanita yang akan menyertai kejohanan ini," katanya.
Kejohanan yang bermula semalam hingga esok itu membabitkan penyertaan seramai 80 peninju amatur, termasuk dari dalam dan luar negara.
Sebanyak 14 kategori dipertandingkan, termasuk kategori untuk kanak-kanak berusia 12 tahun.