Suasana hiba menyelubungi pengebumian pelumba TKKR Racing, Allahyarham Norizman Ismail, yang terlibat dengan kemalangan sehingga meragut nyawanya dalam sesi ujian masa saingan Pusingan Ketiga Cub Prix di Kemaman, Terengganu, semalam.
Jenazah Allahyarham dibawa terus dari Hospital Kemaman, Terengganu, ke Kampung Felda Sendayan, Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan, untuk disemadikan.
Turut hadir memberi penghormatan akhir kepada Allahyarham adalah kaum keluarga serta sahabat handai dan komuniti pelumba Cub Prix.
"Sebelum ini pun, dia sudah menunjukkan banyak perubahan. Di Buriram (Thailand), dia sering membuka Youtube untuk mendengar ayat-ayat Kursi," kata isterinya, Nurul Aida Adha.
Allahyarham disahkan meninggal dunia, semalam, selepas terbabit dengan kemalangan apabila merempuh penghadang dan cedera teruk di bahagian kepala.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak.
"Saya yang bawa Allahyarham ke dunia permotoran dan saya tahu risikonya.
"Hari ini, saya berjumpa dengan risikonya," ujar bapanya, Ismail Selamat.
Bagi komuniti sukan permotoran negara, ramai menyifatkan masih lagi terkejut dengan pemergian Allahyarham Norizman dan masih lagi tidak dapat menerima perkhabaran ini.
"Ini satu insiden yang tidak bernasib baik.
"Kami sebagai pengamal sukan permotoran tidak mahu perkara ini terjadi.
"Begitupun, saingan Cub Prix adalah kejohanan profesional. Saya percaya semua aspek termasuk keselamatan telah diambil kira," kata Pengerusi Asia Supersport Group, Datuk Eric Loo.
Pelumba Supermotor CBU, Zamarul Anuar Abdul Rahim, turut berdukacita dengan apa yang terjadi, namun berharap masih ada ruang yang boleh dipertingkatkan agar keselamatan pelumba lebih terjamin pada masa akan datang.
"Saya tidak salahkan pihak penganjur, cuma kita boleh pertingkatkan lagi aspek keselamatan.
"Mungkin dengan kehadiran pegawai perubatan yang lebih profesional dapat menyelamatkan kawan-kawan kami yang masih berlumba."