Skip to main content

Sukan Lain

Pemilihan MOM: Utamakan bekas atlet -- Azmi

nur-azmi.jpg
Calon naib presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nur Azmi Ahmad, meminta ahli gabungan mengutamakan bekas atlet negara untuk merebut jawatan dalam mesyuarat agung badan induk itu, 5 Mei ini, kerana mereka lebih arif mengenai keperluan atlet.

Beberapa bekas atlet tampil menawarkan diri bertanding dalam mesyuarat agung tahunan MOM.

Antaranya, bekas atlet olahraga, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, Datuk Ong Poh Eng (angkat berat) dan Azmi (hoki) -- semuanya bagi merebut jawatan naib presiden.

Bagaimanapun, peluang mereka belum terjamin kerana perlu bersaing dengan enam calon lain merebut lima kerusi naib presiden.

Azmi pernah bertanding merebut jawatan naib presiden MOM pada 2015, namun tewas.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut mencadangkan lebih ramai bekas atlet memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan.

"Kami memilih individu yang benar-benar ingin membantu MOM dan bukan bersandarkan kemahuannya untuk memegang jawatan tanpa menunjukkan sebarang komitmen yang tinggi.

"Tiada gunanya memegang banyak jawatan dalam sesebuah persatuan tetapi persatuan itu tidak menyerlah. Perlu diingat, jawatan dalam MOM ini melibatkan tugas keseluruhan," kata Azmi.

Advertisement

Must Watch Video