Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menghadapi sebarang ancaman keselamatan yang mampu menggugat sepanjang penganjuran Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Tidak dinafikan penganjuran temasya itu juga dilihat dapat menjadi sasaran untuk sebarang ancaman, khususnya membabitkan keselamatan.
Sehubungan itu, antara persediaan yang dilakukan PDRM ialah sesi latih amal yang diberi nama kod 'Ex-Rimau' di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) selama dua hari, bermula semalam.
Beberapa senario keselamatan dijalankan, termasuk menangani rusuhan, ancaman bom serta operasi menyelamatkan tawanan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, memberi jaminan pihaknya akan sentiasa peka dan bersedia untuk menghadapi apa juga bentuk ancaman semasa Sukan SEA nanti.
"Kita buat latihan ini untuk menangani segala ancaman yang mungkin berlaku di sekitar Kuala Lumpur berdasarkan segala insiden yang pernah berlaku sebelum ini.
"Persiapan ini sangat penting bagi memastikan Sukan SEA Ke-29 ini dapat dijalankan dengan baik tanpa sebarang masalah," katanya.
Sesi ini menyaksikan penglibatan 423 anggota secara keseluruhan yang merangkumi 23 jabatan di bawah PDRM.
Ia termasuk Cawangan Khas Bukit Aman, Unit Pemusnah Bom, Unit Tindakan Khas (UTK), Unit Berkuda dan Unit Anjing Pengesan Khas.
Latih amal ini merupakan siri keempat yang dijalankan selepas di Bukit Jalil, Pulau Langkawi dan Setiu.
Dua lagi sesi 'Ex-Rimau' akan diadakan, iaitu di KL Sentral dan sekali lagi di Bukit Jalil.