Skip to main content

Bola Keranjang

Paul sah sertai Harden di Houston

chrispaul-cropped_el4uauanbuz51efcuv6i88kjf.jpg
All Star guard, Chris Paul, mengesahkan laporan bahawa dia telah ditukarkan ke Houston Rockets dengan memuat naik ucapan selamat tinggal kepada peminat Los Angeles Clippers, semalam.

Paul bakal digandingkan dengan pemain bintang Rockets, James Harden, di Houston dengan beberapa pemain, Patrick Beverley, Sam Dekker dan Lou Williams -- termasuk pilihan pertama Draf NBA 2018 -- beralih ke Clippers.

"Sukar untuk meluahkan perasaan saya ketika ini. Saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Saya sayang kamu semua. Saya bersyukur kerana berpeluang terlibat dalam sukan ini. Tiada sesiapapun yang mampu mempersiapkan diri dalam senario seperti ini.

"Kepada komuniti Los Angeles Clippers dan Clipper Nation, saya ucapkan terima kasih! Sepanjang enam tahun ini, kamu semua menerima saya dan ahli keluarga saya dengan hati terbuka."

Paul menikmati karier penuh gemilang sejak dipilih New Orlean Hornets pada Draf NBA 2005 dengan sembilan kali penampilan dalam All Star Games sambil mengutip empat anugerah All NBA First Team.

Advertisement

Must Watch Video