Skip to main content

Paralimpik

Paralimpik Tokyo 2020: Lebur rekod Paralimpik, Bonnie butir pingat emas pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bonnie.jpg
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak yang dilihat sebagai pencabar utama pingat untuk acara itu selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg (yang dahulunya dipegang oleh Rasool Mohsin dari Iraq dengan angkatan 227kg) sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).
   

Advertisement

Must Watch Video