Cabaran berliku menanti wakil tunggal sukan ping pong kategori TT9, Chee Chaoming apabila diundi dalam Kumpulan C bersama pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio, Mohamed Amine Kalem dari Itali, pemenang empat pingat emas Paralimpik, Ma Lin dan pemain muda meningkat naik, Joshua Stacey dari Britain.
Biarpun tampak sukar berada di kelompok dua terbaik untuk ke suku akhir, Chaoming kekal realistik memberi saingan kepada Kalem selepas kali terakhir menentang atlet kelahiran Tunisia yang mewakili Itali itu di Terbuka Belanda pada 2019, tewas tipis dalam aksi lima set.
"Saya telah diundi dengan kumpulan yang agak sukar, tetapi saya berasakan mahu memberikan saingan kepada mereka untuk memburu tempat ke suku akhir," kata Chaoming.
Sementara itu, Chaoming dan jurulatihnya yang juga merupakan bekas atlet ping pong negara, Muhd Shakirin Ibrahim bakal membuat analisa corak permainan lawan menjelang aksi pembukaan menentang Kalem esok.
"Kami akan menilai corak permainan dengan teliti bagi setiap lawan yang perlu dihadapi, kami akan cuba mendapatkan perancangan terbaik bagi menghadapi setiap perlawanan nanti."
Ammar Hakim
Tue Aug 24 2021