Seramai 139 atlet akan membawa cabaran negara pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang akan berlangsung dari 6 hingga 13 Oktober depan.
Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrushahar Yusoff berkata kesemua atlet disenaraikan kini sedang giat menjalani latihan yang sudah memasuki fasa akhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan di sini.
"Atlet yang kita hantar tahun ini 139 orang (110 lelaki dan 29 wanita) daripada 225 keseluruhan kontinjen kita (termasuk pegawai dan pengiring).
“Atlet kita juga sedang menjalani latihan fasa akhir sehingga 28 Sept di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan sebelum dijadual berlepas ke Jakarta pada 2 Okt," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Safrushahar yang juga Timbalan Ketua Kontinjen negara, berkata atlet dipilih adalah dalam kalangan terbaik kerana mereka perlu melepasi had kelayakan minima yang ditetapkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
"Kita tapis dan pilih atlet berdasarkan prestasi masing-masing di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dan (nama mereka) disahkan ketika mesyuarat jawatankuasa pemilihan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) baru-baru ini, di samping perlu melepasi syarat kelayakan minima ditetapkan IPC dan Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC),” katanya.
Mengenai sasaran pingat pada edisi ketiga temasya berkenaan, beliau berkata sasaran rasmi pingat negara akan diumumkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen negara, Lee Sheng Chow.
"Pada 1 Okt nanti, kita akan adakan majlis penyerahan Jalur Gemilang yang akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), selain Menteri Belia dan Sukan akan umumkan jumlah sasaran pingat negara pada hari yang sama," katanya.
Menurut Mohd Safrushahar, daripada 18 sukan yang dipertandingkan, Malaysia tidak menyertai tiga jenis sukan - goal ball, judo dan bola tampar duduk.
Prospek pingat emas menerusi acara olahraga, boling, basikal, badminton dan boling padang di samping sukan lain sekurang-kurangnya diharap dapat turut menyumbangkan pingat, katanya.
Sukan Para Asia 2018 bakal menawarkan 568 pingat emas yang akan disertai 39 negara termasuk Malaysia dan akan dirasmikan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.
Kesemua 18 acara dipertandingkan ialah olahraga, badminton, memanah, boccia, catur, basikal, goal ball, judo, boling padang, powerlifting, menembak, renang, boling, ping pong, bola keranjang kerusi roda, lawan pedang, bola tampar, dan tenis kerusi roda yang membabitkan 19 venue sekitar Jakarta.
Untuk rekod, kontinjen negara berjaya membawa pulang 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa dengan menduduki tempat ketujuh daripada 32 negara pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.
– BERNAMA