"Saingan individu makin hebat," demikian pandangan ratu terjun negara, Pandelela Rinong, apabila hanya tersenarai dalam acara 10m platform terjun seirama Siri Dunia walaupun lebih sinonim dengan acara individu.
Pandelela menjadi harapan utama Malaysia selepas tersenarai dalam kalangan tiga penerjun negara yang terpilih ke kejohanan itu.
Siri Dunia adalah kejohanan yang paling mewah dalam kalendar Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dengan menawarkan hadiah wang tunai RM6 juta.
Penerjun kelahiran Sarawak itu gembira berjaya kekal dalam senarai lapan ranking terbaik dunia sejak 2010 walaupun cengkamannya tidak lagi sekuat dulu dalam acara 10m individu platform.
"Setelah terpilih ke Siri Dunia buat kali ketujuh, saya rasa gembira kerana ia adalah salah satu matlamat saya, iaitu untuk melayakkan diri ke kejohanan itu.
"Kejohanan itu hanya melibatkan lapan penerjun terbaik dunia. Kalau beraksi konsisten dalam acara seirama, ia lebih mudah lagi berbanding acara individu," katanya.
Pandelela akan bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam 10m platform terjun seirama selepas meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016.
Dalam acara individu, Pandelela meraih tangga ke-11 walaupun membawa pulang gangsa dalam Olimpik London 2012.
Sementara itu, kejayaan Pandelela, Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri ke Siri Dunia menjadi cabaran buat penerjun lelaki negara.
"Di peringkat dunia, kami ada sedikit jurang berbanding penerjun lelaki lebih senior daripada kami.
"Kalau mahu dibandingkan dengan atlet wanita, kami perlu belajar daripada mereka, terutamanya teknik latihan mereka," kata penerjun lelaki negara, Chew Yiwei.
Pandelela yang pernah merangkul perak dalam acara individu dan seirama sudah pasti teruja menghadapi Kejohanan Terjun Siri Dunia di China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac manakala di Kanada dan Russia sebulan kemudian.