Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

PABM beri lampu hijau kepada Azroy, Aznil

aznil-azroy.jpg
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sedia memberi pengecualian hukuman penggantungan setahun terhadap badang negara, Azroy Hazal Wafie Ahmad Izhar dan Aznil Bidin, sekali gus memberi lampu hijau kepada mereka untuk menyertai Kejohanan Dunia, Nnovember depan, bagi mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

PABM sudah mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengenai peluang menghantar atlet negara menyertai Kejohanan Dunia di Ashgabat, Turkmenistan.

Ia susulan permohonan dua badang negara yang mahu mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo yang bermula dalam Kejohanan Dunia dan beberapa saingan kelayakan tahun depan.

"Atlet atau pihak program seperti Program Podium, misalnya, perlu menghantar kepada pihak persatuan untuk dipertimbangkan.

"Insya-Allah exco PABM akan mempertimbangkan perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa nanti," kata Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat.

PABM pada Mei lalu mengambil langkah drastik dengan menggantung skuad negara daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama setahun, termasuk Sukan Asia Indonesia, bulan depan, apabila empat kes doping dikesan tahun ini.

Bagaimanapun, perkembangan itu membuktikan PABM masih bertimbang rasa.

"Terima kasih kepada presiden PABM sebab beri pertimbangkan kepada saya dan Aznil dalam usaha kami mengumpul mata bagi kelayakan Sukan Olimpik 2010. 

"Saya akan menghantar surat rasmi untuk dikecualikan daripada penggantungan," kata Azroy. 
 

Advertisement

Must Watch Video