Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, enggan menuding jari terhadap keputusan pengadil yang membatalkan tiga jaringan Malaysia ketika tewas 1-2 kepada Korea Selatan, sekali gus gagal mencapai sasaran final Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.
Amat jarang untuk dilihat tiga jaringan dibatalkan pengadil dalam satu perlawanan.
Namun, itulah hakikat yang perlu ditelan skuad negara yang gagal ke final selepas ditimpa kekalahan kedua.
Oltmans tidak mahu mencari alasan kerana pemainnya juga terlepas pelbagai peluang keemasan, termasuk 10 pukulan sudut penalti.
"Jika kami memiliki sedikit tuah dan pengadil menyimpan wiselnya buat seketika, kami sudah pasti memenangi perlawanan ini.
"Adakalanya ia memberikan pengajaran dan adakalanya tidak.
"Ia lebih baik tidak bernasib baik sekarang daripada tidak bernasib baik kemudian.
"Kami sepatutnya memperoleh keputusan yang lebih baik dan satu-satunya perkara yang saya persalahkan adalah kegagalan kami melakukannya.
"Namun, dengan cara permainan moden yang mereka (Korea Selatan) pamerkan itu, mereka pasti akan menjadi pasukan terbaik dunia pada masa akan datang," katanya.
Kapten Korea Selatan, Lee Nam-yong, membuka jaringan pada minit ke-31 sebelum pertahanan, Jang Jong-hyun, melebarkan kedudukan pada minit ke-35.
Pertahanan negara, Razie Abdul Rahim, merapatkan kedudukan pada minit ke-46, namun usaha Malaysia untuk menyamakan kedudukan tidak berjaya.
"Pasukan Malaysia amat berdaya saing, memiliki kemahiran tinggi dengan rentak yang pantas.
"Kami memberikan mereka terlalu banyak pukulan sudut penalti.
"Mereka memaparkan pertahanan mantap dengan penjaga gol yang cemerlang.
"Saya amat gembira kami dapat meraih kemenangan ini," kata ketua jurulatih Korea Selatan, Shin Seok Kyo.