Skip to main content

Olahraga: Yu Tian samai rekod peribadi

yutian13418.jpg
Atlet lompat bergalah wanita negara, Chuah Yu Tian, tetap berpuas hati walaupun menamatkan saingan Sukan Komanwel Gold Coast di tempat ke-13 kerana catatan lompatannya masih menyamai rekod peribadi terbaiknya musim ini.

Ia tidaklah seteruk yang disangka kerana Yu Tian sememangnya tidak meletakkan apa-apa harapan dalam temasya ini selain hanya ingin memperbaiki rekod peribadi, 3.80 meter.

Walaupun hanya berjaya melakukan lompatan 3.70m, ia tetap menyamai rekod terbaik yang dicatatnya dalam Kejohanan All Comers Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mac lalu. 

Semestinya ia memberikan satu pengalaman menakjubkan kepada Yu Tian apabila dapat melihat atlet bertaraf dunia seperti Alysha Newman dari Kanada yang meraih emas dalam acara tersebut.

"Pada percubaan 3.85m untuk memperbaiki catatan peribadi terbaik, saya hampir-hampir berjaya.

"Ia terkena sedikit badan saya. Saya fikir, saya agak berpuas hati dan paling penting saya belajar sesuatu.

"Pertandingan hari ini tidak ubah seperti Kejohanan Dunia atau Sukan Olimpik. Saya juga belajar daripada peserta lain," kata Yu Tian.

Pemenang pingat perak Sukan SEA lalu itu ingin menggunakan pengalaman di Gold Coast untuk memperbaiki kelemahan selain mahu melakukan lompatan setinggi 3.85m selepas ini bagi melayakkan diri ke Sukan Asia, Ogos depan.

"Untuk Sukan Asia memang saya belum layak lagi tetapi saya akan cuba yang terbaik. Harap-harap boleh lepas 3.85m selepas ini. Saya akan cuba," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video