SUKAN LAIN
Olahraga: Skuad pecut teruja Poad ke Bukit Jalil
Jurulatih pecut negara, Poad Kassim, percaya dia kini boleh membentuk atlet negara dengan lebih baik apabila akan memulakan tugas sepenuh masa di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Isnin depan.
Selama ini Poad bertugas sebagai jurulatih pecut negara separuh masa juga merupakan seorang guru berpangkalan yang di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTI) di Johor dan yang terakhir di Sekolah Menengah Gunung Rapat di Perak.
"Saya amat berbesar hati kerana banyak kemudahan yang digunakan terutama dengan bantuan ISN (Institut Sukan Negara).
Iklan
"Insya-Allah selepas ini akan ada kemajuan oleh atlet di bawah bimbingan saya, " katanya dihubungi Astro Arena.
Buat masa sekarang, Poad hanya akan mengendalikan latihan tiga atlet di bawahnya iaitu Khairul Hafiz Jantan, Haiqal Hanafi dan Arshad Saat.
Buat atlet -atlet pecut yang lain, dia harus menunggu selepas melaporkan diri untuk mengatahui sama ada mereka akan turut berada di bawah seliaannya.
Sementara itu, bagi tiga jaguh tersebut, berpeluang menamatkan gaya hidup berpindah randah apabila Poad menerima tugas sebagai jurulatih pecut negara.
Ini akan memudahkan misi mereka melepasi kelayakan kategori A 100 meter Sukan SEA Kemboja, iaitu 10.56 saat memandangkan setakat ini hanya Muhd Azeem Fahmi yang melepasi had kelayakan.
"Saya sangat gembira kerana selepas ini boleh memberi fokus kepada sesi latihan.
"Saya akan cuba melayakkan diri untuk kategori individu Sukan SEA (Kemboja) atau acara berganti-ganti.
"Dengan sepasukan latihan dan kelengkapan di Institut Sukan Negara (ISN), saya berharap sekali lagi kami mampu memecah rekod dan tidak mustahil memenangi emas," kata Khairul Hafiz.
"Tahun lalu, jurulatih menetapkan saya untuk memecah rekod kebangsaan, 20.77s dan dengan peluang fokus kepada latihan, Insya-Allah saya buat yang terbaik pada tahun ini," kata pakar 200m dari Johor, Arshaad.
Must-Watch Video