Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Rayzam Shah tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rayzam9418.jpg
Atlet lari 110 meter berpagar lelaki negara, Rayzam Shah Wan Sofian, gagal mara ke pusingan separuh akhir Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.

"Sebenarnya pada permulaan agak baik tetapi ketika melalui pagar ketiga ada perlanggaran di antara saya dan atlet dari England. Di situ, ada lari fokus sikit.

"Saya sudah melakukan yang terbaik tetapi itu yang saya mampu. Saya mencatat 14.03 saat, jadi agak kecewa dengan keputusan itu," katanya.

Berlari dalam saringan kedua pusingan pertama, Rayzam menamatkan perlumbaan sekadar di tempat keenam dengan catatan masa 14.03s.

Ia jauh daripada catatan peribadi terbaik pemenang pingat emas Sukan SEA lalu yang juga rekod kebangsaan, iaitu 13.67s.

Saringan itu dimenangi pelari Jamaica, Hansle Parchment, dengan catatan masa 13.30s dengan rakan senegaranya, Robert Levy, kedua sementara pelari Cyprus, Milan Trajkovic, ketiga.

Advertisement

Must Watch Video