Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Olahraga: Pecutan Zaidatul berakhir dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul-husniah_7.jpg
Layak ke separuh akhir cukup memberi makna tersendiri buat ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, sekalipun gagal mara ke final 100 meter Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

Zaidatul menamatkan perlumbaan separuh akhir itu di tempat ketujuh dengan catatan masa 11.84 saat. 

Namun, itu bukan penyebabnya untuk berasa hampa kerana aksinya dalam saringan sudah cukup memberi kepuasan kerana dengan catatan 11.64s, tanpa dijangka dia layak ke separuh akhir. 

Kepuasan itu dicapainya biarpun tanpa jurulatih, M. Balamurugam, sambil Zaidatul membuktikan semangat yang dibawa sudah cukup menunjangi persembahannya. 

"Mungkin saya sedikit kepenatan kerana jarak masa bagi acara saringan dan separuh akhir agak dekat, ditambah pula dengan cuaca sejuk akibat hujan yang menyebabkan saya tidak dapat menyesuaikan diri.

"Bagaimanapun, saya cuba mengawalnya dan catatan masa 11.8 saat boleh dikira baik," katanya.

Secara keseluruhannya, Zaidatul menikmati peluang dapat bersaing dengan pelari hebat dari Jamaica dan Nigeria berikutan sudah lama tidak beraksi di peringkat tertinggi. 

"Bukan calang-calang pelari yang saya hadapi, jadi ia adalah sesuatu yang bagus untuk saya mendapatkan catatan masa yang bagus" tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video