Fokus terganggu ekoran permulaan larian yang dibatalkan mengakibatkan raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, gagal beraksi baik dalam saringan 100 meter Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, hari ini.
Khairul Hafiz mengakui pembatalan itu mengganggu fokusnya apabila dia sekadar terdaya menamatkan larian dengan catatan 10.50 saat.
Biarpun tahap kepantasannya baik pada awal larian, Khairul Hafiz gagal bertahan pada jarak 40 meter terakhir untuk pelari Swaziland, Sibusiso Matsenjwa, terus menghambatnya lalu meraih tempat ketiga.
Pelari Australia, Trae Williams, memenangi saringan itu sementara tempat kedua milik pelari Kenya, Mark Odhiambo.
Khairul Hafiz mengakui ia adalah pengajaran berguna buatnya supaya lebih matang demi mengekalkan momentum biarpun dalam apa jua situasi sekalipun di pentas besar seperti di Gold Coast.
"Saya akui catatan masa saya agak teruk.
"Ia adalah kesilapan saya sendiri kerana hilang fokus di awal larian.
"Saya akan cuba yang terbaik dan harus lebih matang dalam kejohanan akan datang," katanya selaku pemegang rekod kebangsaan, 10.18s.
Tumpuannya kini beralih kepada acara 4x100m bersama-sama Badrul Hisyam Abdul Manap, Nixon Kennedy dan Jonathan Nyepa pada Jumaat ini.