Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Kecederaan hamstring buat Hup Wei berduka

hupwei11418_1.jpg
Kecederaan hamstring semasa mahu melakukan lompatan pada ketinggian 2.24 meter membunuh peluang atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, untuk mencabar kedudukan pingat dalam pusingan akhir ketika rakan senegara, Nauraj Singh, mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar dalam Sukan Komanwel Gold Coast di Stadium Carrara, hari ini.

Dua atlet itu sering kali disebut-sebut ketua jurulatih, Zainal Abbas, untuk menamatkan penantian pingat selama 16 tahun dalam olahraga di pentas Komanwel.

Bagaimanapun, segala ramalan itu jauh meleset apabila Hup Wei sekadar menamatkan cabaran di tempat kelapan manakala Nauraj di tempat ke-10 daripada 13 peserta yang bertanding.

Hup Wei ketika ditemui hampir gagal mengawal perasaannya apabila terlalu sedih ekoran kecederaan hamstring menimpanya semasa mahu melakukan cubaan pertama untuk lompatan 2.24m selepas berjaya mengatasi percubaan 2.21m. 

"Persembahan hari ini baik, cuma saya ada mengalami hamstring ketika melakukan lompatan 2.2m.

"Tetapi kecederaan ini tidak boleh dijadikan alasan, kalah adalah kalah," kata Hup Wei.

Berbeza dengan Nauraj yang tersingkir apabila sekadar melepasi ketinggian 2.18m kerana terkandas pada ketinggian 2.21m. 

Ia jauh daripada rekod kebangsaan 2.30m yang dilakukannya di Singapura tahun lalu.

"Saya berhempas-pulas. Saya menjangkakan ia lebih baik tetapi saya gagal melakukannya hari ini.

"Saya perlu mengambil positif dan saya perlu lebih berkembang untuk temasya seterusnya," kata Nauraj.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet tuan rumah, Brandon Starc (2.32m), perak dimenangi Jamal Wilson (2.30m) dari Bahamas dan gangsa menjadi milik peserta Kanada, Django Lovett (2.30m).

Advertisement

Must Watch Video