Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Jurulatih Malaysia cetus sensasi raikan atlet Australia

stewart12418.jpg
Jurulatih lompat tinggi, Alex Stewart, yang melatih Nauraj Singh dan Lee Hup Wei, mencetus sensasi apabila meraikan kejayaan atlet Australia, Brandon Starc.

Stewart, yang tidak memiliki kontrak sepenuh masa bersama Majlis Sukan Negara (MSN) atau Program Podium, turut melatih Starc di samping Nauraj dan Hup Wei.

Tetapi beliau membangkitkan rasa kurang senang kerana meraikan kejayaan Starc ketika memakai seragam kontinjen Malaysia. 

"Kami sudah memberi penjelasan sebelum temasya bermula, kami sedar dengan situasi sebelum memberikan akreditasi kepada Stewart.

"Saya fikir sebagai manusia, ia biasa apabila atlet kita memenangi emas dan meraikannya. Saya tidak melihatnya sebagai masalah," kata Chef-de-mission Malaysia ke Sukan Komanwel, Huang Ying How.

Usaha untuk mendapatkan kad akreditasi buat Stewart di bawah peruntukan kontinjen negara juga menyerlahkan isu yang membawa impak mendalam apabila Nauraj dan Hup Wei gagal menyerlah.

Mungkin kuota itu akan lebih memanfaatkan jurulatih olaharga negara, M. Balamurugan, ketika anak buahnya, Zaidatul Husniah Zulkifli, memerlukan tunjuk ajarnya bagi menghadapi saingan sukar di Gold Coast.

"Saya sangat bersyukur sebab tanpa jurulatih saya masih boleh lakukan. Saya sangat gembira" kata Zaidatul.

"Zaidatul memberikan persembahan di luar jangkaan kami. Saya melihat jurulatihnya tidak berada di sini kerana kami fikir atlet lain boleh melakukan lebih baik.

"Sebab itu saya menonjolkan persembahannya dengan menganggap ia aksi yang hebat," tambah Ying How lagi.

Advertisement

Must Watch Video