Hasrat atlet lompat bergalah negara, Iskandar Alwi, untuk memperbaharui rekod kebangsaan dalam temasya Gold Coast 2018 tidak kesampaian apabila gagal melepasi ketinggian 5.20 meter, sekali gus tersingkir daripada saingan hari ini.
Ini merupakan Sukan Komanwel kedua buat Iskandar selepas tampil buat kali pertama di Glasgow empat tahun lalu dengan mencapai ketinggian lompatan 5.10 meter.
Misinya kali ini adalah untuk memadamkan rekod kebangsaan 5.31 meter miliknya yang dilakukan dalam Kejohanan Olahraga All Comers Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bulan lalu.
Begitupun, lompatan atlet berusia 24 tahun itu tersasar apabila sekadar melepasi ketinggian 5.00m dalam percubaan kedua dan gagal melepasi ketinggian 5.20m dalam percubaan ketiga untuk menduduki tempat kelapan.
"Bagi saya, ini adalah lompatan yang teruk. Ia satu kesilapan dan saya tiada keyakinan dengan galah itu. Sepatutnya boleh lepas tetapi berlaku kesilapan," katanya.