Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh, mara ke final apabila masing-masing berada dalam kelompok enam terbaik dalam pusingan kelayakan kumpulan, hari ini.
Hup Wei, yang sebelum ini diketepikan namanya daripada skuad olahraga Sukan Komanwel negara, membuktikan dia sememangnya layak ke Gold Coast dengan memastikan slot pusingan akhir.
Melakukan lompatan dalam Kumpulan A, Hup Wei yang mempunyai rekod peribadi 2.27m, berjaya melepasi ketinggian 2.21m untuk berada di tempat keempat.
Berdepan saingan daripada 10 pencabar, Hup Wei tenang melakukan lompatan di Stadium Carrara, dengan disaingi oleh pendahulu kumpulan dari Bahamas, Jamal Wilson, selain lima atlet lain yang juga berjaya melepasi 2.21m.
Selepas gagal dalam percubaan pertama pada ketinggian tersebut, Hup Wei membuktikan masih mempunyai kekuatan serta semangat untuk membuktikan kebolehan sebenarnya.
"Pada awalnya, prestasi saya belum bangkit. Saya memaksa untuk melakukan yang terbaik. Jadi, untuk final nanti, saya akan membuat persediaan lebih baik," kata Hup Wei.
Dalam saingan Kumpulan B, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Nauraj Singh, juga berjaya melakukan lompatan 2.21m untuk berada di tangga keenam.
Bagaimanapun, Nauraj terpaksa mengharungi saat-saat mencemaskan apabila gagal dalam dua percubaan pertamanya sebelum berjaya melepasi ketinggian itu dalam percubaan terakhir.
"Memang sasaran kami adalah untuk ke final. Sebelum saya memikirkan pingat, saya harus mara ke final. Ini adalah hari yang hebat, sangat panas.
"Semuanya berjalan mengikut perancangan dan saya sangat gembira dapat masuk final. Sudah tentu, langkah seterusnya adalah untuk cepat pulih," kata Nauraj.
Hup Wei dan Nauraj akan beraksi dalam final pada Rabu ini.