Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Hakimi kecewa gagal raih pingat

hakimi14418.jpg
Atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, mengakui kecewa kerana gagal membantu skuad olahraga negara untuk menamatkan kemarau pingat dalam Sukan Komanwel.

Hakimi menjadi taruhan terakhir skuad olahraga negara untuk menjelmakan kilauan pingat di Gold Coast.

Ia susulan beberapa sandaran negara lain gagal dalam misi masing-masing, terutama Nauraj Singh dalam acara lompat tinggi.

Berjaya menempatkan diri ke final, Hakimi bagaimanapun gagal menemui aksi terbaiknya, mencatat lompatan 15.97 meter untuk menduduki tempat kesembilan.

Kegagalan Hakimi menyaksikan penantian selama 16 tahun Malaysia untuk kembali memenangi pingat menerusi olahraga dalam temasya itu berterusan.

"Saya berasa saya boleh buat lagi baik, cuma tiada tuah. Tidak boleh tunjukkan aksi (sebenar) dalam final memang satu kekecewaan bagi saya," katanya.

Hakimi, yang membuat penampilan sulung dalam temasya itu, turut gagal melunaskan misi peribadi, iaitu memperbahurui rekod kebangsaan miliknya, 16.77m.

Ia menyaksikan lompatan sejauh 16.36m menjadi catatan terbaiknya di Gold Coast.

"Memang ada tekanan sebab ada satu sahaja lagi lompatan. Kalau buat kesilapan, batal atau jaraknya tidak jauh, memang saya terkeluar awal. Saya sebenanya terlalu berhati-hati," katanya lagi.

Emas acara itu dimenangi atlet Guyana, Troy Doris dengan catatan 16.88m, perak milik wakil Dominica, Yordanys Duranona (16.86m), sementara Marcel Mayack II (16.80m) dari Cameroon meraih gangsa.

Advertisement

Must Watch Video