Atlet lompat kijang negara, Hakimi Ismail, enggan berasa selesa meskipun berada di prestasi terbaik untuk melakar kejutan dalam penampilan kelimanya di pentas Sukan SEA Filipina, November nanti.
Dia menamatkan saingan dengan catatan 15.60 meter ketika final kategori lelaki dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Malaysia yang berlangsung bulan lalu.
Meskipun menjuarai acara tersebut, pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu kurang berpuas hati dengan pencapaian semasanya dan kini menjalani latihan intensif tatkala saingan di Filipina berbaki kurang dua bulan.
Menurutnya, sebulan berguru di London banyak membantu meningkatkan prestasi daripada segi teknikal, namun buat masa ini fokusnya lebih cenderung ke arah memperbaiki tahap kecergasan.
"Sudah terlalu banyak kejohanan. Tahun ini, saya bermula pada Mac lalu dan dalam September masih bertanding. Prestasi juga sudah mula menunjukkan penurunan, sepatutnya saya kena rancang agar kejohanan tidak terlalu panjang dan banyak," katanya.
Atlet kelahiran Perak itu mahu memanfaatkan Kejohanan Pra Sukan SEA, bulan depan selain Kejohanan Innotex yang bakal menjadi persiapan terakhirnya sebelum temasya dwi tahunan itu membuka tirai, hujung November nanti.
"Kejohanan itu baru habis fasa persiapan saya. Mungkin masih belum di tahap maksimum tetapi ia sesuatu yang baik, membolehkan saya berdepan suasana dan keadaan di sana, jadi saya boleh buat perubahan sebulan sebelum Sukan SEA."