Pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan, Muhammad Hakimi Ismail, mara ke acara akhir lompat kijang lelaki dengan catatan 16.36 meter dan bertekad memperbaiki lompatannya dalam final Sukan Komanwel Gold Coast, Sabtu ini.
"Tentunya saya tidak berpuas hati kerana tidak dapat melakukan catatan peribadi terbaik tetapi lompatan pada hari ini agak baik berbanding sebelum ini. Penonton-penonton juga sangat membantu daripada segi lompatan.
"Misi untuk ke final sudah tercapai dan saya akan melakukan yang terbaik," kata pemilik rekod kebangsaan dengan catatan 16.77m itu.
Hakimi, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, melakukan 16.18m dalam lompatan pertama, namun memperbaiki catatannya kepada 16.21m dalam lompatan seterusnya.
Dalam sesi kelayakan Kumpulan B hari ini, dia dicabar sengit atlet India, Arpinder Singh, yang melakar 16.39m dalam lompatan pertama, namun Hakimi mempersembahkan keyakinan tinggi dan teknik kemas untuk lompatan terbaik, 16.36m, dalam percubaan ketiga.
"Saya tidak perasan tentang angin. Sekarang, peraturan baru membuatkan saya hanya ada 30 saat untuk melakukan lompatan berbanding seminit sebelum ini, jadi tiada masa untuk menunggu angin berhenti.
"Saya hanya perlu fokus dengan diri sendiri," kata Hakimi.
Kemaraan Hakimi, bagaimanapun, gagal diiringi seorang lagi atlet negara, Irfan Shamsuddin, yang terkandas di peringkat kelayakan acara lempar cakera.
Irfan yang merupakan peserta kelima terbaik berdasarkan rekod peribadi 62.55m, mempamerkan persembahan buruk apabila kesemua balingannya dibatalkan.