Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Hajat Hakimi baharui rekod tidak tertunai

hakimi-ismail.jpg
Hasrat atlet lompat kijang negara, Muhammad Hakimi Ismail, untuk memecahkan rekod kebangsaan miliknya di Gold Coast tidak kesampaian selepas mencatat lompatan 15.97 meter untuk mengakhiri saingan final Sukan Komanwel 2018 di tempat kesembilan, sebentar tadi. 

Hakimi turun beraksi dalam aksi final selaku peserta keempat terbaik selepas merakamkan lompatan 16.36 meter dalam saingan kelayakan. 

Mengintai peluang untuk meraih pingat, pemilik rekod kebangsaan dengan catatan 16.77m itu, bagaimanapun, gagal bermula baik apabila melakukan lompatan sejauh 15.77m dalam lompatan pertama. 

Lompatan kedua menyaksikan Hakimi hilang fokus apabila percubaannnya dibatalkan sebelum sekadar melakar 15.97m dalam lompatan ketiga. 

Gagal melepasi lompatan 16.00m, Hakimi tidak dapat mengikuti peringkat lapan akhir untuk melakukan tiga lompatan penentuan pingat, sekaligus kempunan untuk memadam rekod kebangsaan, 16.77m.

"Saya terlalu berhati-hati untuk melompat pada masa itu. Saya fikir 15.92m sudah cukup untuk masuk ke final tetapi peserta Jamaica sudah perbaiki lompatannya 16.16m.

"Saya tidak tahu perkara itu dan selepas lompat baru saya tengok kedudukan saya nombor sembilan. Ia selesai buat saya," kata Hakimi.

Acara itu dikuasai peserta Guyana, Troy Doris, dengan catatan 16.88m, perak dimiliki Yordanys Duranona Garcia dari Dominica disusuli Marcel Mayack II (Cameroon). 
 

Advertisement

Must Watch Video