Skip to main content

Sukan SEA

Olahraga: Grace Wong sahkan status ratu besi ASEAN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grace_1.jpg
Balingan pertama atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, bukan sahaja menghadirkan pingat emas dalam temasya KL2017, malah turut melakar rekod baru temasya, sebentar tadi. 

Pemenang gangsa dalam edisi di Singapura 2015 itu membuat catatan 59.24 meter untuk memadam rekod balingan berusia dua tahun milik atlet Thailand, Mingkamon Koomphon, sejauh 56.57m .

Mingkamon sendiri terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi balingan 56.15m manakala rakan senegaranya, Panwat Gimsrang, mengutip gangsa dengan 56.06m.

Grace,bagaimanapun, belum dapat mengatasi rekod kebangsaan 60.99m milikmya sendiri yang dilakar di Korea Selatan, April lalu. 

Bapa saudaranya, Wong Tee Kui, mengungguli acara itu dalam temasya di Kuala Lumpur, 16 tahun lalu. 

"Saya tidak sangka mampu beraksi di pentas ini, keluarga saya memberikan sokongan kepada saya untuk terus berusaha.

"Saya bermula dengan acara lontar peluru sebelum mengambil acara tukul besi ini. 

"Bapa saudaranya juga turut memberikan dorongan dan mahu saya menjadikan acara ini lebih dikenali selepas ini," kata Grace.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

Kredit foto: Media MASOC

Advertisement

Must Watch Video