Kakak kepada Cristiano Ronaldo mempertikai corak permainan Portugal sendiri yang tidak berupaya untuk memenangi pertemuan dengan Congo, dua hari lalu, hingga mengundang kritikan hebat terhadap peranannya di atas padang.
Portugal dalam situasi sukar selepas seri 1-1 dengan Congo di Stadium Houston yang menyaksikan mereka menguasai 75 peratus permainan dengan 26 sepakan lintang, tapi bintang Al-Nassr tersebut sama sekali tidak menyentuh bola selepas minit ke-66 permainan.
Katie Aveiro, 48 -- yang merupakan seorang penyanyi dikenali sebagai Ronalda -- mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram menganggap anak buah Roberto Martinez kurang kreatif untuk mencipta peluang lalu kurang menyengat di bahagian depan.
"Ajaibnya, mereka lupa untuk; membuat hantaran, memenangi semula bola dan serangan balas. Perlawanan itu menjadi hantaran ke belakang daripada tengah. Piala Dunia yang aneh. Sangat aneh," katanya di platform media sosial berkenaan.

Penjaga gol legenda Manchester United, Peter Schmeichel, juga menjurus kepada kesilapan Martinez yang gagal dalam merencanakan taktikal terbaik terhadap skuad yang dalam generasi emas itu.
"Bagaimana anda boleh mengenepikan pemain seperti Joao Felix dan Rafael Leao dan mengekalkan sistem permainan yang tidak menjadi? Portugal mempunyai terlalu ramai bakat di bahagian serangan yang terlalu mudah dibaca dan berhati-hati."