Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: AS pasukan kedua tempah tempat ke peringkat kalah mati

as

AS 2 AUSTRALIA 0

Amerika Syarikat (AS) mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia dengan mendominasi Australia sendiri, hasil gol sendiri awal dan tandukan Alex Freeman yang memberikan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 kemenangan selesa 2-0, sebentar tadi.

Mengulangi rentak kemenangan 4-1 mereka ke atas Paraguay, AS mencetuskan hura-hara di kubu lawan yang terhukum oleh gol sendiri Cameron Burgess.

Freeman kemudian melebarkan kedudukan 2-0 sebelum rehat, sekalipun gol itu pada mulanya dibatalkan kerana ofsaid tetapi diberikan setelah semakan video bantuan pengadil (VAR).

Jurulatih Australia, Tony Popovic, menggugurkan kedua-dua penjaring gol, Nestory Irankunda dan Connor Metcalfe, daripada kemenangan 2-0 Socceroos ke atas Turki minggu lalu mengubah percaturannya dan memasukkan mereka dalam separuh masa untuk cuba mengubah keadaan.

Tetapi tetap sukar untuk menemui sebarang ruang kebangkitan dalam babak kedua malah makin bergelut.

AS mengiringi Mexico ke peringkat 32 sebelum turun dalam perlawanan terakhir menentang Turki di Los Angeles dan berpeluang memimpin Kumpulan D sekiranya Turki gagal menewaskan Paraguay.

Australia pula kekal di tangga kedua dengan tiga mata dan seterusnya akan menentang Paraguay di San Francisco.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video