Saingan reben biru, 100 meter, dalam Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia dihangatkan lagi dengan penyertaan juara dunia bawah 20 tahun dari Indonesia, Lalu Muhammad Zohri Lalu Ahmad Yani.
Zohri mencetuskan sensasi tahun lalu apabila unggul dalam Kejohanan Remaja Dunia di samping merampas gelaran juara remaja Asia.
Ini di sebalik kisah luar biasa atlet kelahiran Lombok Utara itu yang berlatih dengan berkaki ayam sehinggalah mendapat perhatian peribadi Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Saingan GP Malaysia merupakan aksi kompetitif sulung Zohri bagi musim 2019 dan yang pertama sejak Sukan Asia 2018.
Sewaktu sesi latihan pemanas badan hari ini, Zohri berkongsi objektifnya di Bukit Jalil, esok, sebagai medan persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan.
"Setelah Sukan Asia 2018, tiada lagi kejohanan yang boleh saya sertai dan GP Malaysia merupakan pertandingan sulung saya musim ini," katanya.
Selain itu, Zohri meyambut baik peluang berentap dengan pelari pecut elit negara, termasuk pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan, serta pendatang baru kem negara, Russel Nasir Taib.
"Kejohanan ini datang tepat pada masanya dan saya beruntung dapat bersaing dengan juara Sukan SEA 2017.
"Saya meletakkan sasaran dalam Sukan SEA Filipina 2019. Oleh itu, saya akan terus berlatih dan cuba memperbaiki kesilapan.
"Saya harap dapat berlumba dan memberikan yang terbaik esok," katanya lagi.