Skip to main content

Sukan Asia

Olahraga: Blake sumber inspirasi Khairul Hafiz di Gold Coast

100mkuatet13418.jpg
Berlumba di samping bintang Jamaica, Yohan Blake, meningkatkan kemahuan Khairul Hafiz Jantan untuk mengatasi duka acara 100 meter selepas skuad 4x100 negara layak ke final buat kali pertama dalam Sukan Komanwel.

Ketika kelayakan menerusi kedudukan tiga terbaik saringan disifatkan sukar, Malaysia berikhtiar cara lain untuk ke final.

Berlari sepantas mungkin meskipun sebelum bersaing, mereka teruja ke Stadium Carrara menaiki satu bas bersama Blake.

Keterujaan bertukar menjadi fokus untuk kemudian berlari di samping idola mereka ini dan hasilnya tiket ke pentas perebutan pingat dengan catatan masa 39.39 saat.

Kejayaan kecil Khairul Hafiz, Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisham Abdul Manap berupaya menawarkan inspirasi kepada kontinjen negara 

"Saya rasa bersemangat dan gembira kerana dapat berlari dengan juara dunia," kata Badrul Hisham.

"Ini pengalaman baik kerana ia adalah kali pertama beraksi seperti pertandingan dunia. Kami akan fokus dan akan cuba yang terbaik untuk final nanti," kata Nixson.

"Memang kami sasarkan catatan terbaik, kalau boleh mahu perbaiki rekod kebangsaan," kata Jonathan.

Buat Khairul Hafiz, larian terakhir itu bersifat peribadi bagi menebus kehampaan aksi hambar dalam 100m tempoh hari.

"Ia adalah larian untuk membalas kekecewaan dalam 100m dan Alhamdulillah, saya dapat melakukan yang terbaik," kata Khairul Hafiz.

Advertisement

Must Watch Video