"Saya terkejut." Itu komen Naib Presiden, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Mumtaz Jaafar, apabila 17 atlet berjaya melepasi had kelayakan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sekaligus membayangkan acara itu akan menjadi lubuk emas kontinjen negara.
Apa yang menarik, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menetapkan had kelayakan Sukan SEA menyamai catatan pemenang pingat perak temasya di Singapura pada 2015.
Oleh itu, acara olahraga berpotensi menyumbang banyak emas dan dilihat mampu mengatasi catatan tiga emas di Singapura.
"Pencapaian mereka dianggap memuaskan.
"Kita semua tahu mereka telah meraih pencapaian positif dan ia boleh menjadi motivasi untuk mereka menghadapi Sukan SEA," katanya.
Dua tahun lalu, emas negara disumbangkan menerusi atlet acara padang seperti Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Nauraj Singh (lompat tinggi) dan Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera).
Dengan temasya berkenaan berbaki lima bulan lagi, skuad pecut yang diketuai pemegang rekod kebangsaan 100 meter lelaki, Khairul Hafiz Jantan, dan wanita, Zaidatul Husniah Zulkifli, dijangka menyinar.
Malah, tidak mustahil Malaysia mampu mendominasi acara reben biru itu berikutan Khairul Hafiz dan Zaidatul kini menghuni ranking pertama Asia Tenggara.