Jaguh lontar peluru kebangsaan, Nani Sahirah Maryata, menutup kempen Kejohanan Olahraga Asia ATF di Gumi, Korea Selatan, dengan kemanisan selepas mencatat rekod peribadi terbaik, meskipun sekadar menamatkan aksi di tempat kesembilan.
Rekod 15.06 meter cukup memadai buat dirinya berpuas hati dan pulang dengan senyuman walaupun terlepas podium.
"Prestasi saya lebih baik daripada edisi di Thailand tahun lalu.
"Saya agak kecewa dengan teknik lontaran -- mungkin saya berpeluang ke final.
"Tetapi saya tetap gembira kerana merekodkan catatan terbaik tahun ini dan berharap dapat melakar catatan yang lebih baik dalam kejohanan akan datang," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Baginya, penyertaan di pentas ATF buat kali kedua ini merupakan pencapaian terbaik yang pernah diraih sejak kali pertama membuat kemunculan pada 2023.