Bandar raya Kota Kinabalu menjadi daerah ketujuh destinasi Larian Obor Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Sabah sejak 4 Jun lalu.
Penyerahan obor berkenaan berlangsung di Jesselton Point oleh Pengerusi Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu, Fariz Abdul Rani, kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Shu Kiah kemudian mengetuai 21 pelari lain membawa obor berkenaan ke Waterfront Segama dan ia akan dibawa ke Sipitang, esok, sebelum menjelajah pula ke negeri Sarawak.
Selain menjelajah ke beberapa daerah utama di Sabah, Obor KL2017 turut mencipta sejarah apabila dinyalakan di puncak Gunung Kinabalu, Isnin lalu.
Secara keseluruhannya, jarak Larian Obor KL2017 di Negeri Di Bawah Bayu adalah sejauh lebih 30 kilometer.
Sabah menjadi destinasi kelima Larian Obor KL2017 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Ianya diadakan sempena dengan Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN kesembilan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur, Ogos depan.