Skip to main content

E-Sukan

Nyawa terakhir buruan slot ke Playoffs!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

68bff32cc97fc1c475258dfad1e40211d552c84004c3298550684baab0.jpg
Minggu terakhir Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) 'Regular Season' musim ke-15 bakal menyaksikan perebutan sengit tiga baki slot ke saingan Playoffs musim ini.

Tempoh hari Selangor Red Giants.OG Esports, Homebois dan Monster Vicios telah pun mengesahkan slot mereka ke saingan 'Playoffs' fasa satu yang akan membuka tirainya pada 30 Mei. SRG.OG dan Homebois sekali gus akan mara ke Semi Final Upper Bracket selaku 2 pasukan teratas 'Regular Season' musim ini.

Walaubagaimanapun, Aero Esports, Team Vamos, DX Soul, Todak dan Team Rey bakal mempertaruhkan segala strategi dan senjata rahsia mereka pada minggu terakhir musim ini demi merebut 3 baki slot untuk ke saingan Playoffs.

 

Kini Aero Esports, Team Vamos dan DX Soul berada di kelompok slot Playoffs. Namun mereka tidak sewajarnya selesa dengan kedudukan itu oleh kerana pasukan lain mampu untuk raih kemenangan demi mencantas kedudukan tersebut dengan baki perlawanan minggu terakhir.

Anda boleh saksikan saingan minggu terakhir 'Regukar Season' musim ini secara langsung bermula Jumaar ini di Astro Arena.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video