Skip to main content

Sukan Lain

Nurul Faizah perkuat cabaran kuartet 4x100m di India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nurul-faizah-asma-mazlan-020717.jpg
Pelari jarak sederhana, Nurul Faizah Asma Mazlan, dipilih menyertai kuartet 4x100 meter wanita negara menjelang Kejohanan Trek dan Padang Asia di Bhubaneswar, India, bermula Khamis depan bagi menggantikan Shereen Samson Villabouy yang mengalami kecederaan hamstring. 

Faizah pernah menganggotai kuartet 4x100m negara, tahun lalu. 

Ketika itu, gandingannya bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam Shally dan Zaidatul Husniah Zulkifli berjaya memecah rekod kebangsaan dengan catatan 45.32 saat. 

Catatan itu hanya bertahan dalam tempoh kurang setahun sebelum dipecahkan dalam Terbuka Thailand, bulan lalu. 

Oleh itu, Faizah dianggap calon terbaik untuk menggantikan Shereen. 

"Ia pengalaman sulung saya dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia yang turut disertai atlet handalan yang lain. 

"Saya menganggapnya sebagai bekalan untuk beraksi dalam Sukan SEA.

"Jika diturunkan dalam acara 100m, ia akan menjadi pengalaman baru buat saya. 

"Jika tidak, saya akan fokus kepada kuartet 4x100m," katanya. 

Shereen mengalami kecederaan hamstring ketika menjalani latihan di trek Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, semalam. 

Pelari berusia 19 tahun itu akan menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) esok, namun dijangka sukar untuk menyertai kuartet negara yang akan berlepas ke India pada hari yang sama. 

Berdasarkan catatan semasa, Malaysia berpeluang ke final, sekaligus menjadi medan pemanas badan terbaik menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur dari 19 hingga 30 Ogos depan. 




 

Advertisement

Must Watch Video