Pakar pukulan sudut penalti, Nuraini Abdul Rashid, nekad untuk lebih tenang berhadapan peluang pukulan sudut penalti bagi memastikan ramuan drag fliknya berjaya memperdaya pihak lawan.
Pengalaman pertama beraksi dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia bertemu Australia semalam membuatkan Nuraini sedar betapa Malaysia kerdil pada mata pasukan lawan selepas skuad negara tewas 3-0.
Nuraini tidak mahu hal itu berlanjutan, sebaliknya dia ingin tampil lebih berkesan dalam aksi seterusnya di Belgium.
Begitupun, keupayaan Malaysia mencetuskan cemas beberapa kali di hadapan gawang Australia ibarat petanda awal kejutan yang dirancang bakal membuahkan hasil.
"Perlawanan kami baik, kami ada serang kubu mereka yang membuatkan mereka cemas. Mereka pun tidak sangka kami boleh serang mereka seperti itu.
"Kita tahu mereka berada di ranking keempat, sudah tentu mereka pandang kita macam budak kecil. Mungkin untuk perlawanan akan datang, kami akan lebih bersedia," katanya.
Ketika bertemu Australia, Nuraini memiliki tiga peluang menerusi pukulan sudut penalti selain satu peluang di dalam kawasan D, bagaimanapun, kegugupan nyata mengganggu fokus pemain itu.
"Memang ada rasa gementar tetapi sebelum perlawanan, kami berjumpa dengan semua orang, beri semangat. Jadi, perkara itu satu kekuatan untuk pasukan.
"Saya rasa pasukan perlu kekalkan prestasi seperti ini. Kami boleh cari makan menentang Sepanyol, Insya-Allah," tambah Nuraini.
Malaysia akan bertemu Sepanyol dalam perlawanan kedua Kumpulan B, awal pagi nanti.