Skip to main content

Sukan Lain

Nur Amirul tekad pertahan gelaran raja bukit

230217-ltdl-2017.jpg
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki, ingin memastikan jersi raja bukit yang diraihnya dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 tidak terlepas ke pasukan lain. 

Nur Amirul mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pelumba tempatan pertama untuk menyarung jersi raja bukit dalam sejarah edisi ke-22 perlumbaan itu. 

Nyata, strateginya untuk memburu mata dalam dua zon pendakian pada peringkat pertama membuahkan hasil. 

Dia kini selesa menerajui kutipan mata raja bukit dengan lapan mata, kelebihan lima mata di depan pencabar terdekat, iaitu pelumba 7 Eleven Roadbike, Marcelo Felipe. 

Nur Amirul sedar bukan mudah untuk mempertahankan gelaran itu dan lebih rela andai ia kekal milik TSG dengan pendaki utama dari Indonesia, Dadi Suryadi, menjadi  taruhan. 

230217 Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Marzuki

"Saya akan fokus kepada membantu cabaran Dadi Suryadi kerana dia merupakan pendaki bukit sejati. 

"Saya percaya rakan sepasukan akan membantunya untuk berada di kelompok hadapan," katanya.

Mengulas mengenai perlumbaan peringkat pertama, Nur Amirul, mengakui pelanggaran kecil ketika saingan berbaki 10 kilometer ke garisan penamat menjejaskan peluang pasukannya meraih kedudukan podium. 

TSG menaruh harapan kepada Harrif Salleh untuk menjejaki podium di peringkat pertama ini, namun ia tidak menjadi kenyataan apabila terjatuh dan mengalami sedikit kecederaan di lutut kanan. 

"Pelan kami hari ini (semalam) ada pecahan dan di hujung perlumbaan, kami akan mempertaruhkan pakar pecut. 

"Tapi malangnya, berlakunya kemalangan di 8km terakhir."

Advertisement

Must Watch Video