Pemain tengah skuad hoki wanita negara, Norbaini Hashim, mahu kembali menjadi pilihan utama skuad Dhaarma Raj Abdullah dengan mengganggap berada dalam senarai akhir 18 pemain ke Belgium ibarat peluang kedua untuknya.
Norbaini tersingkir daripada skuad ketika saingan Liga Hoki Dunia pusingan kedua yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun lalu ekoran kecederaan.
Senario itu memberi kesan terhadap dirinya yang turut mengakui pernah terfikir untuk bersara terus daripada dunia hoki.
Bagaimanapun, nasihat daripada Dhaarma sendiri akhirnya melembutkan hati Norbaini yang perlu menerima situasinya ketika itu tidak mampu membantu skuad negara.
"Saya tidak rasa terpinggir, cuma saya sedih kerana tidak berjaya meletakkan diri saya dalam situasi itu.
"Waktu itu saya ada terfikir untuk bersara. Selepas itu, saya fikir bilik mungkin saya perlu beri masa kepada diri saya," jelasnya.
Norbaini, yang berjaya kembali ke pangkuan 18 pemain terbaik mengakui dia melewati saat yang lebih matang sebelum terpilih.
Dia menganggap berita gembira yang disampaikan kepadanya semalam sebagai peluang kedua untuk dia membuktikan bahawa dirinya masih relevan.
"Saya gembira dan teruja kerana sudah setahun saya tidak beraksi baik dengan pasukan. Jadi, ini peluang keemasan untuk saya mempamerkan aksi terbaik saya," tambahnya.