SUKAN LAIN
Noraseela: Bekas atlet perlu diberi keutamaan
Bekas Olimpian negara, Noraseela Mohd Khalid, kecewa kerana persatuan sukan kebangsaan lebih cenderung mencalonkan ahli politik serta tokoh perniagaan untuk bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), 5 Mei depan.
Peluang nampak tipis untuk bekas atlet menyertai jawatankuasa eksekutif MOM.
Setakat ini, hanya bekas pelari pecut negara, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, akan bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dikuasai ahli politik serta tokoh perniagaan.
Iklan
Ia tidak selari dengan pendirian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang mahu bekas atlet diberi keutamaan.
"Mungkin ada sebab tertentu persatuan sukan memilih individu tersebut untuk dipertandingkan dan ia terletak kepada kekuatan yang dimilikinya," kata Noraseela.
"Saya berpendapat jika terdapat atlet yang mahu bertanding, mereka perlu bertemu dan menawarkan apa yang mampu dilakukan demi kebaikan persatuan," katanya.
Bekas atlet patut diberikan keutamaan kerana mereka lebih memahami keperluan dan aspek teknikal sukan.
Antara bekas atlet yang memegang jawatan besar ialah Sebastian Coe selaku Presiden Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).
Must-Watch Video