Jaguh boling padang wanita negara, Nor Farah Ain Abdullah, menegaskan keperluan memperbaiki aspek penyesuaian gelanggang selepas selesai menjalani bedah siasat prestasi Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan di England yang berakhir semalam.
Farah Ain akan berehat seketika sebelum meneruskan cabaran dalam Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan 2025 di Scotland dari 20 hingga 25 April depan.
“Kejohanan ini memberikan pengalaman yang mendalam, ini adalah kali pertama saya bermain di gelanggang yang baru dan disaksikan oleh ramai penonoton.
“Bermain di gelanggang yang bukan tempat biasa kami berlatih, dengan keadaan yang mengikuti spesifikasi yang betul sudah tentu memberi cabaran tersendiri.
“Padang ini mempunyai sedikit kelainan daripada segi jarak dan jenis bola yang kami gunakan, jadi saya perlu menyesuaikan diri dengan perubahan.
“Ia memberi cabaran yang besar kerana padang ini agak teliti dalam aspek pengiraan jarak dan kelajuan bola," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tambahnya, ukuran gelanggang yang lebih kecil menyukar dirinya untuk mencipta balingan lebih tepat, sekali gus menyaksikan dia menamatkan saingan di peringkat suku akhir.
Selain itu, saiz bola yang kecil juga antara cabaran yang terpaksa dihadapi selain membiasakan diri dengan berat bola tersebut.
“Pengalaman ini sangat berguna untuk persiapan saya dalam kejohanan seterusnya.
“Begitupun, saya percaya pengalaman yang saya peroleh di sini akan membantu saya untuk lebih bersedia menghadapi cabaran di masa hadapan,” katanya yang merangkul pingat emas Kejohanan Dunia Boling Padang Dalam Dewan 2024.