Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengesahkan bahawa pemangku ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff, dilantik memegang jawatan ketua jurulatih untuk membimbing pasukan berkenaan merangkul kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar, berkata surat rasmi mengenai pelantikan itu akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.
"Kita yakin dengan pengalaman luasnya itu mampu membantu pasukan melakar kemenangan. Saya juga yakin dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium Darulaman esok, dia mampu lakukan sesuatu untuk kembalikan semula kepercayaan peminat kepada pasukan dan pengurusan KFA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Chit Chat Ekspresi Ilmu hari ini.
Pada 28 Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeinus Mohamad Yunus, dalam satu kenyataan berkata Mohd Nidzam dilantik memangku jawatan ketua jurulatih pasukan itu yang disandang Ramon Marcote sebelum ini.
Marcote pula diberi tugas baru sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA bagi membantu memberi nasihat demi pembangunan pasukan dan bola sepak negeri.
Bagaimanapun, Aminuddin berkata pihaknya masih menunggu keputusan Marcote sama ada beliau mahu atau tidak menerima tawaran itu.
"Dia (Marcote) masih berbincang dengan pengurusan KFA mengenai kedudukannya dan tawaran yang diberikan," katanya.
-- BERNAMA