LeBron James dan Chris Paul antara pemain berprofil tinggi NBA yang tidak bersetuju dengan hukuman ringan yang dikenakan ke atas pemilik Phoenix Suns, Robert Sarver.
Sarver -- yang juga merupakan pemilik pasukan WNBA, Phoenix Mercury, dan kelab LaLiga, RCD Mallorca -- dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman selain terlibat dengan salah laku yang merendahkan dan menyerang pekerjanya.
Selepas siasatan panjang, NBA memutuskan untuk hanya mengenakan penggantungan setahun berserta denda $10 juta (RM45.32 juta), di mana James berasakan liga itu telah melakukan kesilapan.
"Saya pernah katakan sebelum ini dan saya mahu katakannya sekali lagi, tiada ruang dalam liga ini untuk kelakuan seperti itu," tulis bintang Los Angeles Lakers itu dalam akaun Twitter rasminya.
"Saya sayangkan liga ini dan amat menghormati kepimpinannya tetapi ini tidak betul. Tiada ruang untuk misogini, seksisme dan perkauman di mana-mana tempat kerja.
"Tidak kisah sama ada anda pemilik pasukan atau pemain pasukan. Kita menjadikan liga ini sebagai contoh dengan nilai yang kita ada tetapi bukan dengan perkara seperti ini," katanya.
Turut menyuarakan nada sama adalah Paul, yang kini mewakili Suns, dalam Twitternya.
"Seperti kebanyakan orang, saya turut menilai laporan itu. Saya terkejut dan kecewa dengan apa yang saya baca. Kelakuan seperti ini, terutama terhadap wanita, tidak boleh diterima dan tidak boleh berulang.
"Saya berpandangan bahawa penggantungan itu terlalu pendek berdasarkan apa yang kita semua bersetuju bahawa ia satu tingkah laku yang amat kejam.
"Hati saya sedih terhadap semua mereka yang terkesan," katanya.

Zach Lowe with some excellent perspective on Robert Sarver on NBA Today. @ZachLowe_NBA pic.twitter.com/Yn1rwIu1WZ
— Malika Andrews (@malika_andrews) September 13, 2022