Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, mengambil keputusan berani tidak menyertai Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di India, bulan depan, dan secara tidak langsung dijangka mengundang konflik dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
KOM mengarahkan semua atlet Sukan SEA wajib menyertai ATF di Bhubaneswar, bermula 6 Julai depan.
Ia sebagai medan menguji peluang meraih pingat dalam temasya dwitahunan itu selain dijadikan medan pemanas badan menjelang Kejohanan Dunia di London, Ogos depan.
Bagaimanapun, Nauraj merancang kembali ke pangkuan jurulatihnya, Alex Steward, hujung bulan ini untuk mengikuti program latihan di Eropah, lalu terpaksa melupakan kempen ATF.
"Jurulatih saya sudah membuat perancangan dari awal lagi biarpun jadual saya terpaksa dirombak dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.
"Adalah tidak strategik buat saya kerana pada masa itu, saya akan bertanding di Eropah," katanya.
Nauraj -- juara bertahan Sukan SEA -- layak menyertai Kejohanan Dunia apabila melepasi had kelayakan 2.30 meter.
Selain Nauraj, difahamkan jaguh 110m berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian, yang baru memecah rekod kebangsaan dengan catatan 13.67 saat pada hujung minggu lalu, turut merancang kekal di Eropah.
"Ia bukan langkah bijak untuk saya ke India dari Eropah, kemudian kembali ke Eropah hanya untuk satu pertandingan sedangkan jika kekal di Eropah, saya boleh mengikuti empat pertandingan dalam tempoh singkat menjelang Kejohanan Dunia."